Friday, March 25, 2011

zikir penenang hati

Alhamdulillah

Alhamdulillah,
syukur kehadrat illahi dengan limpah kurniaNYA, kami berjaya membawa pulang 1 emas bagi kategori seni jurus puteri dan 1 tempat ke-4 bagi kategori tempur putera. Tiga kategori telah layak ke peringkat akhir iaitu solo puteri, seni jurus puteri dan tempur putera. Bagi solo puteri hanya di tempat ke-10, masih lagi yang terbaik daripada 44buah MRSM yang bertanding. 
Untuk silat olahraga pula, putera C dan puteri A sampai ke suku akhir dan puteri B sampai ke pusingan ke-3,
apa pun TAHNIAH kepada semua pesilat yang telah menyertai Kejohanan ini. Jumpa lagi game tahun depan dimana AOMA akan bergabung dengan semua skuad dari Johor dengan 1 nama = HARIMAU SELATAN

Friday, March 18, 2011

Doa....

DOAKAN KEJAYAAN KAMI SEMUA PADA PERTANDINGAN KALI INI...

Wednesday, March 16, 2011

Kilauan Pesilat Sejak Kejohanan Pertama MRSM

EMAS Tari Solo 
Faiz- 2004
Haikal-2007
Suriani-2007
Aziz- 2008
Hafizah Halip- 2008


EMAS Tempur
Asrul & Fahmi- 2005
Izzora & Sarah Paat-2005
Esyatees & Muni Azida-2007
Izwan & Khairi-2007


EMAS Seni Jurus (massal)
Hussein + Syafiq + Iwan + (lupa lak nama dia) 2007


EMAS Jurus Wajib
Fendi + Nabil + (lupa nama) 2009


PERAK Tempur
Izzora & Sarah Paat- 2004
Fendi & Iman- 2010


PERAK Seni Jurus (massal)
Nabil + Firdaus + Syakir + (lupa nama dia) 2006
Jannah + Nisha + anis + (lupa nama dia) 2009


GANGSA Tari Solo
Nazirul Hazim- 2005
Nur Amirah Farhana-2006


Gangsa Tempur
Firdaus & Fikri- 2006


SAGUHATI 4-6
Seni Jurus (massal) Puteri-2007
Tempur Puteri- 2010 (Aina Syafiqah & Ain Syafiha)


Bagi tahun 2008 membantu MRSM Kepala Batas memperolehi 4 Emas dalam kategori Tari Solo Putera/Puteri dan Seni Jurus (massal) Putera/Puteri, tetapi sentuhan aku cuma pada kategori Tari Solo Putera/Puteri.(Aziz dan Hafizah Halip)


Bagi Tahun 2009 membantu MRSM Batu Pahat dalam kategori JURUS WAJIB dan Silat Olahraga, tidak terlibat sama sekali dalam kategori silat seni kerana mereka telah mempunyai jurulatih sendiri. Jurus Wajib berjaya membawa pulang EMAS tunggal pada tahun itu.


Bagi tahun 2010 terlibat sepenuh di MRSM Batu Pahat setelah mendapat kepercayaan dari pihak atasan. Berjaya membawa pulang 2 perak dan 1 tempat ke-5. 4 kategori silat seni telah berjaya memasuki ke peringkat akhir iaitu tempur putera/puteri dan seni jurus (massal) putera/puteri.


Bagi tahun ini 2011, target yang telah diletakkan pada kami semua ialah layak ke peringkat akhir bagi semua kategori yang disertai dalam kejohanan pada tahun ini. Kilauan pingat dirahsiakan harap maaf ya kepada semua pembaca. Walaupun ianya dirahsiakan kami tetap akan mencari JOHAN KESELURUHAN pada tahun ini. Pasti anda telah faham kilauan pingat apa yang sedang kami mencari.


Berkat doa dan dengan izinNYA insyaALLAH dipermudahkan buat kami.

p/s: pesilat terhebat dimenangi oleh Mohammad Firdaus a.k.a cetdet the best ever student i have. 
perantau sepi

Tuesday, March 15, 2011

Biar Apapun Terjadi....

Biarlah apapun orang nak bercerita tentang persiapan AOMA pada tahun ini, tak kiralah siapa pun dia yang telah mendapat segala maklumat tentang persiapan semua MRSM. Mungkin itu kelebihan yang dia ada dan kita tiada. Seperti sedia maklum semua MRSM akan membuat persiapan yang hebat untuk menghadapi kejohanan ini pada setiap tahun. Setiap MRSM yang pergi semuanya mempunyai target masing-masing, tak mungkin pergi sekadar untuk penyertaan atau untuk berjalan-jalan melihat pertandingan. Sekurang-kurangnya meletakkan 1gangsa untuk dibawa pulang.

Seperti juga AOMA yang telah meletakkan target untuk layak ke peringkat akhir bagi semua katogori silat seni amnya. AOMA yang tak pernah jatuh dari tangga ke-5 telah jatuh dengan teruknya hingga membawa ke tempat ke-9 pada tahun lepas....aduh!! peritnya rasa dihati ini. Dengan itu pada tahun ini AOMA telah meletakkan target yang lebih tinggi iaitu tempat 3 teratas. Segala ilmu dan teknik pertandingan telah dicurah dan ditamankan pada semua pesilat. Kini AOMA hanya menunggu tuah bertandang kembali dan memihak kepada kami.

perantau sepi seorang diri,
kemana pergi ramai mengenali,
bukan berpengaruh tapi mudah didekati,
JOHAN keseluruhan itu target kami.

Sendi harimau nama diberi,
GAYONG terkenal diseranta negeri,
bukannya hebat si perantau sepi,
kejayaan dikurniakan dari ILLAHI.

PASTI ADA KEJUTAN PADA TAHUN INI....... INSYAALLAH DENGAN IZIN...
ALLAH'HUAKBAR'



perantau sepi

Monday, March 14, 2011

Rindu pada semua bekas pesilat aku

Assalammua'laikum,


Harimau tersenyum melihat mangsa,
Mangsanya kecil berdiam sahaja,
Harimau terkam membaham mangsa,
Mangsa yang kecil juga berbisa.


Walaupun aku baru berkecimpung dalam dunia persilatan ini, namun aku telah punyai ramai anak buah aku sendiri, ada yang telah berkahwin, ada yang masih belajar di dalam dan luar Malaysia. Sesungguhnya aku cukup berbangga dengan kemampuan anak-anak buahku.
Walaupun mereka telah lama meninggalkan aku, tetapi masih tetap menghubungi aku sampai ke hari ini walaupun  aku tahu mereka semua sedang sibuk dengan kerja dan tugas-tugas harian mereka. Aku cuma seorang insan biasa yang tidak punya apa-apa kelebihan di dunia ini. Tetapi sehingga ke hari ini mereka masih menghubungi aku walaupun jarak memisahkan kami semua.
Aku terasa amatlah gembira pabila ada anak buah yang menghubungi aku, lebih terharu bila aku dapat tahu salah seorang anak buah yang telah berjaya membuka gelanggang di negara orang, SYABAS aku ucapkan pada beliau...aku sendiri pun tak mampu untuk berbuat begitu.
HARI INI entah mengapa aku terasa rindu pada semua pesilat aku, rindu yang mendalam pada mereka semua. Ingin juga aku bertemu di saat ini, namun aku tahu takkan berjaya lakukannya.......
KEPADA SEMUA PESILAT AKU......
- Maktab Rendah Sains MARA Langkawi
- Sekolah Menengah Teknik Langkawi
- Sekolah Menengah Kebangsaan Kedawang Langkawi
- Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hangat Langkawi
- Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putra Langkawi
- Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri Langkawi
- Sekolah Kebangsaan Kelibang Langkawi
- Sekolah Kebangsaan Kedawang Langkawi
- Sekolah Kebangsaan Padang Matsirat Langkawi
- Pesilat Majlis Sukan Daerah Langkawi 2002
- PERSILANG Langkawi


ABANG HAFIZ RINDU PADA KAMU SEMUA...ANAK GAYONG LANGKAWI DARI TAHUN 1994 HINGGA SEKARANG.....
(antara nama yang aku masih ingat, yang takda nama jangan marah taw!!)


cetdet, asrul, fahmi, faiz, nabil, syakir, megat, sarah paat, izzora, ainul, yazira, nazirah, ika, banun,  suriani, haikal, wan, syafiq, hussein, esyatees, muni, lebai, tok wan, yus, aqilah, wani, ikin, hisyam, raja, rif'ad, ajuna, mala, fakrul, jan bigshow, arghh ramai lagi la.....muka aku ingat nama dah lupa hehehe =D

perantau sepi

Friday, March 11, 2011

Kehampaan Seorang Pesilat

Seperti sedia maklum, hari ini 11/03/2011 boleh dikatakan semua ibu bapa dan waris pelajar telah datang ke maktab untuk melihat prestasi akademik anak-anak mereka. Dalam masa yang sama seorang pesilat yang akan mewakili maktab dalam kejohanan akan datang telah terkandas lebih awal. Aduh sedih sebak bagai ditusuk sembilu bisa didada aku, apabila bapanya tidak membenarkan anaknya mewakili maktab untuk kejohanan silat ini nanti dengan alasan ingin memberi pengajaran buat anaknya. Sememangnya itulah yang patut dibuat oleh seorang bapa kepada anaknya agar mendapat pengajaran di atas apa yang telah dilakukan. Namun begitu AOMA telah kehilangan seorang pesilat berbakat yang mampu membawa pulang kilauan pingat untuk dirinya dan juga untuk pihak maktab. Tetapi perjalanannya masih jauh kerana pesilat tersebut masih mampu untuk membuktinya pada tahun yang akan datang. Untuk pesilat yang AOMA sayangi ubahlah sikap anda itu demi kebaikkan masa depan kamu. Dengan itu AOMA hanya akan bertanding 5 kategori seni sahaja kerana 1 kategori lagi pesilat tidak mendapat restu dari bapa beliau. Walau apapun dugaan yang sedang dihadapi AOMA sekarang ini, ianya sedikit pun tidak akan melebur atau memadamkan semangat untuk terus berjuang pada Kejohanan Pencak Silat MRSM Kali Ke 8 2011.


DOAKAN KEJAYAAN KAMI.... 


perantau sepi