Friday, March 25, 2011
Alhamdulillah
Alhamdulillah,
syukur kehadrat illahi dengan limpah kurniaNYA, kami berjaya membawa pulang 1 emas bagi kategori seni jurus puteri dan 1 tempat ke-4 bagi kategori tempur putera. Tiga kategori telah layak ke peringkat akhir iaitu solo puteri, seni jurus puteri dan tempur putera. Bagi solo puteri hanya di tempat ke-10, masih lagi yang terbaik daripada 44buah MRSM yang bertanding.
Untuk silat olahraga pula, putera C dan puteri A sampai ke suku akhir dan puteri B sampai ke pusingan ke-3,
apa pun TAHNIAH kepada semua pesilat yang telah menyertai Kejohanan ini. Jumpa lagi game tahun depan dimana AOMA akan bergabung dengan semua skuad dari Johor dengan 1 nama = HARIMAU SELATAN

Friday, March 18, 2011
Wednesday, March 16, 2011
Kilauan Pesilat Sejak Kejohanan Pertama MRSM
EMAS Tari Solo
Faiz- 2004
Haikal-2007
Suriani-2007
Aziz- 2008
Hafizah Halip- 2008
EMAS Tempur
Asrul & Fahmi- 2005
Izzora & Sarah Paat-2005
Esyatees & Muni Azida-2007
Izwan & Khairi-2007
EMAS Seni Jurus (massal)
Hussein + Syafiq + Iwan + (lupa lak nama dia) 2007
EMAS Jurus Wajib
Fendi + Nabil + (lupa nama) 2009
PERAK Tempur
Izzora & Sarah Paat- 2004
Fendi & Iman- 2010
PERAK Seni Jurus (massal)
Nabil + Firdaus + Syakir + (lupa nama dia) 2006
Jannah + Nisha + anis + (lupa nama dia) 2009
GANGSA Tari Solo
Nazirul Hazim- 2005
Nur Amirah Farhana-2006
Gangsa Tempur
Firdaus & Fikri- 2006
SAGUHATI 4-6
Seni Jurus (massal) Puteri-2007
Tempur Puteri- 2010 (Aina Syafiqah & Ain Syafiha)
Bagi tahun 2008 membantu MRSM Kepala Batas memperolehi 4 Emas dalam kategori Tari Solo Putera/Puteri dan Seni Jurus (massal) Putera/Puteri, tetapi sentuhan aku cuma pada kategori Tari Solo Putera/Puteri.(Aziz dan Hafizah Halip)
Bagi Tahun 2009 membantu MRSM Batu Pahat dalam kategori JURUS WAJIB dan Silat Olahraga, tidak terlibat sama sekali dalam kategori silat seni kerana mereka telah mempunyai jurulatih sendiri. Jurus Wajib berjaya membawa pulang EMAS tunggal pada tahun itu.
Bagi tahun 2010 terlibat sepenuh di MRSM Batu Pahat setelah mendapat kepercayaan dari pihak atasan. Berjaya membawa pulang 2 perak dan 1 tempat ke-5. 4 kategori silat seni telah berjaya memasuki ke peringkat akhir iaitu tempur putera/puteri dan seni jurus (massal) putera/puteri.
Bagi tahun ini 2011, target yang telah diletakkan pada kami semua ialah layak ke peringkat akhir bagi semua kategori yang disertai dalam kejohanan pada tahun ini. Kilauan pingat dirahsiakan harap maaf ya kepada semua pembaca. Walaupun ianya dirahsiakan kami tetap akan mencari JOHAN KESELURUHAN pada tahun ini. Pasti anda telah faham kilauan pingat apa yang sedang kami mencari.
Berkat doa dan dengan izinNYA insyaALLAH dipermudahkan buat kami.
p/s: pesilat terhebat dimenangi oleh Mohammad Firdaus a.k.a cetdet the best ever student i have.
perantau sepi

Tuesday, March 15, 2011
Biar Apapun Terjadi....
Biarlah apapun orang nak bercerita tentang persiapan AOMA pada tahun ini, tak kiralah siapa pun dia yang telah mendapat segala maklumat tentang persiapan semua MRSM. Mungkin itu kelebihan yang dia ada dan kita tiada. Seperti sedia maklum semua MRSM akan membuat persiapan yang hebat untuk menghadapi kejohanan ini pada setiap tahun. Setiap MRSM yang pergi semuanya mempunyai target masing-masing, tak mungkin pergi sekadar untuk penyertaan atau untuk berjalan-jalan melihat pertandingan. Sekurang-kurangnya meletakkan 1gangsa untuk dibawa pulang.
Seperti juga AOMA yang telah meletakkan target untuk layak ke peringkat akhir bagi semua katogori silat seni amnya. AOMA yang tak pernah jatuh dari tangga ke-5 telah jatuh dengan teruknya hingga membawa ke tempat ke-9 pada tahun lepas....aduh!! peritnya rasa dihati ini. Dengan itu pada tahun ini AOMA telah meletakkan target yang lebih tinggi iaitu tempat 3 teratas. Segala ilmu dan teknik pertandingan telah dicurah dan ditamankan pada semua pesilat. Kini AOMA hanya menunggu tuah bertandang kembali dan memihak kepada kami.
perantau sepi seorang diri,
kemana pergi ramai mengenali,
bukan berpengaruh tapi mudah didekati,
JOHAN keseluruhan itu target kami.
Sendi harimau nama diberi,
GAYONG terkenal diseranta negeri,
bukannya hebat si perantau sepi,
kejayaan dikurniakan dari ILLAHI.
PASTI ADA KEJUTAN PADA TAHUN INI....... INSYAALLAH DENGAN IZIN...
ALLAH'HUAKBAR'
perantau sepi
Monday, March 14, 2011
Rindu pada semua bekas pesilat aku
Assalammua'laikum,
Harimau tersenyum melihat mangsa,
Mangsanya kecil berdiam sahaja,
Harimau terkam membaham mangsa,
Mangsa yang kecil juga berbisa.
Walaupun aku baru berkecimpung dalam dunia persilatan ini, namun aku telah punyai ramai anak buah aku sendiri, ada yang telah berkahwin, ada yang masih belajar di dalam dan luar Malaysia. Sesungguhnya aku cukup berbangga dengan kemampuan anak-anak buahku.
Walaupun mereka telah lama meninggalkan aku, tetapi masih tetap menghubungi aku sampai ke hari ini walaupun aku tahu mereka semua sedang sibuk dengan kerja dan tugas-tugas harian mereka. Aku cuma seorang insan biasa yang tidak punya apa-apa kelebihan di dunia ini. Tetapi sehingga ke hari ini mereka masih menghubungi aku walaupun jarak memisahkan kami semua.
Aku terasa amatlah gembira pabila ada anak buah yang menghubungi aku, lebih terharu bila aku dapat tahu salah seorang anak buah yang telah berjaya membuka gelanggang di negara orang, SYABAS aku ucapkan pada beliau...aku sendiri pun tak mampu untuk berbuat begitu.
HARI INI entah mengapa aku terasa rindu pada semua pesilat aku, rindu yang mendalam pada mereka semua. Ingin juga aku bertemu di saat ini, namun aku tahu takkan berjaya lakukannya.......
KEPADA SEMUA PESILAT AKU......
- Maktab Rendah Sains MARA Langkawi
- Sekolah Menengah Teknik Langkawi
- Sekolah Menengah Kebangsaan Kedawang Langkawi
- Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hangat Langkawi
- Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putra Langkawi
- Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri Langkawi
- Sekolah Kebangsaan Kelibang Langkawi
- Sekolah Kebangsaan Kedawang Langkawi
- Sekolah Kebangsaan Padang Matsirat Langkawi
- Pesilat Majlis Sukan Daerah Langkawi 2002
- PERSILANG Langkawi
ABANG HAFIZ RINDU PADA KAMU SEMUA...ANAK GAYONG LANGKAWI DARI TAHUN 1994 HINGGA SEKARANG.....
(antara nama yang aku masih ingat, yang takda nama jangan marah taw!!)
cetdet, asrul, fahmi, faiz, nabil, syakir, megat, sarah paat, izzora, ainul, yazira, nazirah, ika, banun, suriani, haikal, wan, syafiq, hussein, esyatees, muni, lebai, tok wan, yus, aqilah, wani, ikin, hisyam, raja, rif'ad, ajuna, mala, fakrul, jan bigshow, arghh ramai lagi la.....muka aku ingat nama dah lupa hehehe =D

Friday, March 11, 2011
Kehampaan Seorang Pesilat
Seperti sedia maklum, hari ini 11/03/2011 boleh dikatakan semua ibu bapa dan waris pelajar telah datang ke maktab untuk melihat prestasi akademik anak-anak mereka. Dalam masa yang sama seorang pesilat yang akan mewakili maktab dalam kejohanan akan datang telah terkandas lebih awal. Aduh sedih sebak bagai ditusuk sembilu bisa didada aku, apabila bapanya tidak membenarkan anaknya mewakili maktab untuk kejohanan silat ini nanti dengan alasan ingin memberi pengajaran buat anaknya. Sememangnya itulah yang patut dibuat oleh seorang bapa kepada anaknya agar mendapat pengajaran di atas apa yang telah dilakukan. Namun begitu AOMA telah kehilangan seorang pesilat berbakat yang mampu membawa pulang kilauan pingat untuk dirinya dan juga untuk pihak maktab. Tetapi perjalanannya masih jauh kerana pesilat tersebut masih mampu untuk membuktinya pada tahun yang akan datang. Untuk pesilat yang AOMA sayangi ubahlah sikap anda itu demi kebaikkan masa depan kamu. Dengan itu AOMA hanya akan bertanding 5 kategori seni sahaja kerana 1 kategori lagi pesilat tidak mendapat restu dari bapa beliau. Walau apapun dugaan yang sedang dihadapi AOMA sekarang ini, ianya sedikit pun tidak akan melebur atau memadamkan semangat untuk terus berjuang pada Kejohanan Pencak Silat MRSM Kali Ke 8 2011.
DOAKAN KEJAYAAN KAMI....
perantau sepi
DOAKAN KEJAYAAN KAMI....
perantau sepi
Pelajar Pulang Bercuti
Pagi ni Hari Perbincangan Akademik di MRSM Batu Pahat, di awal pagi lagi ibu bapa atau waris pelajar telah tiba. Perbincangan masih lagi berjalan dan dengan lancarnya. Pada sebelah petang nanti semua pelajar akan pulang bercuti selama seminggu termasuklah pesilat AOMA yang akan mewakili maktab pada kejohanan yang hanya tinggal seminggu sahaja lagi. Selepas bercuti pulang ke maktab sahaja terus gerak ke MRSM Kota Putra, aduh!! budak dah berehat selama seminggu tanpa buat apa-apa latihan datang saja terus pergi bertanding? Pening kelapa jugak la bila jadi macam ni, dah semestinya perstasi pesilat menurun beberapa peratus akibat duduk makan dan tidur di rumah....hahaha kalau pesilat balik rumah buat latihan alhamdulillah.... tapi dah ada yang cakap family nak pergi bercuti-cuti Malaysia, ada yang nak balik rumah saudara di Singapura la macam-macam lagi la...sampai aku sendiri dengar pun macam tertarik ja....hehehe
Apa pun situasi nanti, aku hanya berharap pesilat aku mampu buat yang terbaik pada Kejohanan kali ini.
ADAKAH SATU KEJUTAN BARU AKAN BERLAKU???
perantau sepi
Wednesday, March 9, 2011
Game MRSM Peringkat Kebangsaan 2011
Assalammua'laikum,
Seperti biasa pada awal tahun ini, kejohanan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh semua pesilat MRSM akan tiba, butiran seperti berikut :-
Tarikh - 20hb-23hb MAC 2011
Tempat - MRSM Kota Putra Terengganu
Kategori yang dipertandingkan :-
1- Tari Solo (putera/puteri)
2- Tempur (putera/puteri)
3- Seni jurus massal (putera/puteri)
4- Silat Olahraga putera kelas A,B,C puteri kelas A,B
Dan seperti kebiasaan AOMA juga akan turut serta menyertai kejohanan ini dengan meletakkan target tersendiri iaitu Johan Zon Selatan untuk kali ke 2 berturut-turut dan melayakkan diri ke pusingan akhir bagi semua kategori silat seni. Kilauan pingat adalah dirahsiakan..... =)
Walaupun AOMA menghadapi masalah dengan pihak pengurusan pelajar, namun AOMA tetap memberikan ilmu yang terbaik buat anak-anak AOMA (gayong) bagi menghadapi kejohanan ini nanti. Semoga doa dan sokong dari semua pihak yang mengenali AOMA ini akan membuahkan hasil pada kejohanan ini nanti.
Sekiranya anda berada di sekitar kawasan kejohanan, anda dijemput hadir bersama-sama memberikan sokongan kepada wakil pesilat AOMA(gayong) di kejohanan ini.
Sekian wassalam....

Friday, December 3, 2010
KEM JATI DIRI GAYONG SERANTAU JERLUN
ASSALAMMUA'LAIKUM
Dah lama ngat dah tak dan nak bukak blog ni, kesibukan kerja menghalang teman untuk berbicara di blog sendiri. Terima kasih teman ucapkan pada semua yang telah tersengaja atau tak sengaja untuk membuka dan membaca blog AOMA ni.
Untuk makluman kepada semua, pada 15hb hingga 18hb disember ini Pertubuhan Seni Gayong Serantau Malaysia Jerlun akan mengadakan Kem Jati diri kepada semua pesilat Bahagian Jerlun. Pesilat dari gelanggang balai polis seriab perlis adalah majoriti peserta yang akan mengambil tempat di dalam kem ini.
Mengikut maklumat yang telah diterima oleh AOMA, pelbagai aktiviti akan dijalankan termasuk majlis tahlil dan Qiamulai pada kem tersebut.
Apa pun tahniah kepada kekanda Uwais kerana telah berjaya untuk mengaturkan kem pada tahun ini.
Sekiranya ada wakil dari AOMA yang mengikuti program ini, berita selanjutnya akan di laporkan di blog pada selepas kem dan gambar-gambar ketika kem juga akan dimasukan juga.
sekian,
TERUSKAN PERJUANGAN GAYONG DEMI MATLAMAT BERSAMA.
alang apeace @ perantau sepi

Thursday, October 14, 2010
AKU DAN GAYONG
assalammua'laikum,
Nama aku Mohd Hafiz Abd.Razak, dilahirkan pada tahun 1981 di Hospital Jinjang Kuala Lumpur pada jam 1335 petang. Aku telah dibawa pulang dan dibesarkan di kampung halaman tok wan aku di Pulau Lagenda Langkawi diketika itu masih belum habis sumpahan Puteri Langkawi bernama MAHSURI. Telah mendapat pendidikan awal di Tadika Masjid Nur Al-Hidayah Kampung Kelibang (tok wan iman masjid ketika itu) dan meneruskan pengajian awal di Sekolah Rendah Kelibang yang kini (Sekolah Kebangsaan Kelibang). Sejak dari kecil lagi aku memang amat menyukai silat melayu ini, entah dari mana datangnya minat ini aku sendiri pun tak pernah tahu. Namun semangat untuk mempelajari ilmu silat ini amat kuat di hati aku dan berkobar-kobar. Pada ketika aku masih di bangku sekolah rendah aku masih tercari-cari apakah silat yang akan aku pelajari, walaupun ketika itu terdapat persatuan silat di sekolah ku bagi aktiviti kokurikulum, namun hatiku sedikit pun tak terdetik untuk mempelajari ilmu silat itu, entah mengapa aku sendiri pun tak tahu.
Aku meningkat remaja dan meneruskan persekolah peringkat menengah di Sekolah Menengah Mahsuri, kini (Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri). Dan bermula disitulah aku mula mengenali GAYONG. Mula mengenali dengan melihat demo-demo yang telah dipertontonkan pada hari sukan sekolah. Aku cuba mendekati ahli-ahli GAYONG yang senior dengan beberapa soalan kerana aku ingin mengetahui adakah ini silat yang aku mencari sejak aku kecil lagi. Hampir sebulan aku hanya datang dan duduk melihat corak permainan silat GAYONG ini, sehinggalah pada suatu malam dalam keadaan mimpi atau ilham aku telah diberitahu bahawa inilah silat yang aku cari sejak dari kecil dulu.
Bermulalah pembelajaran GAYONG aku yang pertama. Bermula dengan bacaan buka gelanggang senaman2 GAYONG, kemudian aku diajar asas bahagian pertama dalam GAYONG. Setelah sekian lama aku diajar lagi dengan asas elakan, kombat, lompatan dan kunci mati. Namun aku taklah dipandang sangat kerana fizikal aku yang gemuk pada ketika itu mungkin tak menarik perhatian jurulatih2. (hehehe) Namun di sekolah menengah aku cuma dapat bertahan hingga ke tingkatan tiga sahaja, selepas keluar keputusan PMR aku tidak lagi menyambung pendidikanke tingkatan empat atas sebab-sebab yang tertentu. Pada ketika ini aku telah memakai bengkong AWAN PUTIH.
Walaupun aku tidak dapat meneruskan pendidikan di tingkatan empat, namun aku masih lagi turun latihan di sekolah itu, mungkin sebab minat aku terhadap GAYONG ini mendalam. Oleh kerana tidak puas belajar di sekolah itu, aku pergi berlatih di Sekolah Menengah Teknik Langkawi pada sebelah malam pula. Disitu aku belajar dengan pesilat yang majorotinya bersaiz lebih besar daripada aku. Tetapi aku puas menghempas pulas bersama orang yang lebih besar dari aku. Aku meneruskan lagi pembelajaran GAYONG di langkawi sehinggalah pada suatu hari aku telah dilantik sebagai pembantu jurulatih, (mungkin ada yang tertanya-tanya dengan siapakah aku berGAYONG di Pulau Lagenda itu! nama-nama tersebut akan tercatat diakhir bingkisan ini nanti) Oleh kerana kurangnya minat untuk menjadi pem.jurulatih aku seperti kebiasaan berlatih dengan anak-anak GAYONG yang lain, kerana bagi aku ilmu aku dalam GAYONG ini masih belum mencukupi dan belum layak untuk menjadi pem.jurulatih. Namun begitu setelah sekian lama dengan pelbagai ujian yang telah aku lalui, aku sekali lagi telah dianugerah dan dilantik sebagai jurulatih daerah Pulau Langkawi.Oleh kerana pada ketika itu juga tiada lagi pengganti aku terpaksa menerima jawatan itu bagi memastikan GAYONG langkawi tak mati dengan begitu sahaja. Pada tahun 2002 aku telah menerima Sijil Kegurulatihan GAYONG kebangsaan, dimana pada ketika itu aku bersama jurulatih daerah lain telah menghadiri kursus GAYONG Kebangsaan di Negeri Terengganu. Aku telah bergiat aktif di Pulau Langkawi sehingga mampu untuk menjaga 7 gelanggan GAYONG dengan keahlian seramai hampir mencecah seribu orang, ini pun dengan kepercayaan galakkan dan nasihat daripada Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi, Majlis Sukan Daerah Langkawi dan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Langkawi yang telah banyak membantu aku untuk menghidupkan sukan silat di pulau berkenaan, kerana terdapat pertandingan pada setiap tahun. Namun begitu aku cuma dapat bertahan sehingga tahun 2008 sahaja di Pulau Lagenda itu, atas sebab kerja aku telah dipindahkan ke Negeri Pulau Pinang. Tak dapat bertahan lama di Pulau Pinang aku berpindah Batu Pahat Johor atas permintaan diri aku sendiri. Kini aku berada di MRSM BATU PAHAT JOHOR. Demi meneruskan perjuangan GAYONG yang telah sebati dalam hidup aku, ARTS OF MEOR ACADEMY (AOMA) telah aku tubuhkan disini. Kini aku berGAYONG atas nama A.O.M.A dengan perjalanan baru. (banyak lagi aku perjalanan hidup aku dengan GAYONG yang belum aku ceritakan, insya'ALLAH panjang umur akan aku sambung)
Terima kasih tak terhingga aku ucapkan kepada :-
AYAHANDA ISHAK BIN TAIB
KEKANDA PAK TEH ZAMRI
KEKANDA SHIDI
KEKANDA IDRIS (plku)
KEKANDA MUHAMMAD MUSA
KEKANDA HUSAINI(chini)
KEKANDA HANIF kandis
KEKANDA ZAIDI (tukang masak)
KEKANDA DIN
KEKANDA WAIS
KEKANDA ZAIDI (kancil)
segala ilmu yang telah diberikan oleh ayahanda dan kekanda semua akan adinda gunakan dan sebarkan kepada putera dan puteri generasi baru dan akan datang insyaALLAH.
(semua nama diatas adalah nama-nama seguru bagi bahagian langkawi dan jerlun sahaja, bagi nama-nama kekanda dari Negeri Pulau Pinang,Perak dan negeri-negeri lain akan dicatatkan dalam kisah akan datang insya'ALLAH)
yang benar,
alang apeace @ Perantau Sepi
WASSALAM
Sunday, August 1, 2010
rindu AOMA
FUH,,LAMA SEYH X WAT LATIHAN SILAT,, ABG HAFIZ BUZY AJE,, KTEOWG NAK BLAJA KURANG KASIH SAYANG LA SEJAK KEBELAKANGAN NYH,, OHH ABG HAFIZ!! LATIH LA KAMI LAGI,, NAK BLAJA COMBAT LAGI,, WAT PUSH UP,, KNE PIJAK PERUT,, KNE KEKUDA,, KNE SIKU,, KNE MCM2 LG..
BLE NAK MANDI TAPAK ABG HAFIZ??
DAH LA,, YANG MENULIS,,~AINA SYAFIQAH DAN DIANA WAHAB(SBG PEMBERI IDEA)
Wednesday, June 23, 2010
perlantikan baru
alhamdulillah, bersyukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnianya.
Ayahanda ishak (abg sha) kini telah dilantik sebagai Yang diPertua PSGSM Negeri Kedah.
Tahniah di ucapkan kepada Ayahanda Ishak. anak2 mu akan sentiasa memberi bantuan semampu yang mingkin....
Ayahanda ishak (abg sha) kini telah dilantik sebagai Yang diPertua PSGSM Negeri Kedah.
Tahniah di ucapkan kepada Ayahanda Ishak. anak2 mu akan sentiasa memberi bantuan semampu yang mingkin....
Sunday, May 23, 2010
Silat Seni Gayong The Malay Art Of Self Defense
Silat is a martial art that is recognized as a Malay combative art of fighting and survival and has been acknowledged as a genuine Malay art. Based on the findings of the historical evidence at Borobodur temple and Prambanan temple in Java, we can conclude that this martial art has already existed at Malay Archipelago since 8th century. This unique self defense is said to spread from Riau Archipelago to Minangkabau, Sumatra. In Sumatra, this art of combat is known as Pencak Silat.
Silat is used by the kingdom of Srivijaya (7th century – 14th century) to strengthen his empire. During the reign of Majapahit (13th century – 16th century), silat is said to reached its peak of perfection when the use of weapons are included. From Minangkabau, silat was introduced to the Malay Peninsula through the Land of Malacca. In the era of Malacca Sultanate, Silat was refined into the specialized property of sultans, panglima (general) and pendekar (warriors). Hang Tuah , the father of silat, is said to learn the art of silat from Sang Adi Putera at Gunung Ledang and Sang Persanta Nala at Island of Java (Majapahit).
Silat practitioner must know and understand the philosophy behind this art of self defense to reach the highest level of learning. Formerly, almost all people in Malay Archipelago learn silat, but only some of them who can hold the title of Pendekar. Only those who have high integrity and morals are able to achieve this stage.
Nowadays, we can see hundreds of silat association throughout the world. Each has its own style and distinctive way. But, the general principle of silat can be divided into two, ‘flower and fruit’. Flower is a dance movement that is soft and the purpose is to confuse the opponent. Fruit is steps that are hard, compact and dense to attack the opponent. But there also silat that do not teach flower such as Silat Cekak. The practitioner just has to stand upright and only do the counter when the attack has come really close.
Silat Gayong was brought to Malaysia by a Bugis from Sulawesi Island named Daeng Kuning or also known as Panglima Hitam. He and six of his brothers come to Malay Archipelago and spread their silat teaching to his descendants. Nowadays, we can see the fraction of that knowledge by the existence of various silat gayong universities in Malaysia such as Silat Gayong Patani and Silat Gayong Pesaka. But the most popular one is Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia that is founded by Dato Meor Rahman, the grandson of Daeng Kuning and held the title of ‘Mahaguru’. Some of well known Pendekar (Warrior) who practice Silat Gayong are Mat Kilau, Dato Bahaman and Dato Maharaja Lela.

Monday, May 17, 2010
gambar pada hari Anugerah MRSM Batu Pahat 2010
Menanti ketibaan VIP
Bunga Tanjung
Gambar selepas demo
Dua srikandi yang bertugas pada hari tersebut
Labels:
menanti ketibaan VIP
Tuesday, May 11, 2010
Hari Anugerah MRSM Batu Pahat 2010
Salam.
Makluman.
15 Mei 2010, persatuan AOMA telah diberi kepercayaan untuk membuat persembahan bersempena dengan majlis anugerah yang julung-julung kali dianjurkan, HARI ANUGERAH MRSM BATU PAHAT 2010. Seramai 16 pesilat akan mengambil bahagian pada persembahan tersebut; 9 wakil pesilat Putera dan 7 wakil pesilat Puteri.
Berikut merupakan catatan ringkas persembahan:
- Bunga Tanjung
- Pecahan Tapak 10
- Asas Elakan (formasi)
Thursday, May 6, 2010
Thursday, April 29, 2010
Alhamdulillah....
assalammua'laikum kepada semua pembaca blog ini....
alhamdulillah' syukur kehadrat ilahi kerana kini AOMA telah berjaya manjalankan latihan mingguan dengan jayanya.... dengan mula bertapak di gelanggang MRSM BATU PAHAT,JOHOR. Sambutan yang ditunjukkan oleh pelajar disini amatlah memberansangkan, sehingga ke hari ini AOMA telah berjaya mengumpulkan seramai 30 orang pesilat di gelanggang ini...
Dengan memulakan latihan pada setiap petang -selasa,rabu dan khamis pada waktu riadah dari jam 5.30ptg-6.30ptg. Pesilat2 muda ini telah dapat melakukan asas Seni Gayong dengan baik sekali. Boleh dikatakan pada setiap hari terdapat muka2 baru yang datang mohon untuk turut serta kerana ingin mempelajari Seni Gayong ini akibat tertarik pada latihan yang dibuat pada setiap hari latihan.
Bagi pesilat kumpulan yang pertama telah mempelajari :-
-Asas Seni Gayong
-Asas Elakan
-Pecahan Tapak 10 (Golongan 10)
-Bunga Tanjung
-Kombat 1-3
-Lompatan Anak Harimau (menunjukkan minat yang tinggi)
Bagi pesilat kumpulan kedua telah mempelajari :-
-Asas Seni Gayong
-Asas Elakan
Disini saya mengharapkan dan memohon doa dari semua saudara se-Gayong untuk mendoakan sentiasa selamat dalam latihan dan gelanggang ini dapat bertahan hingga ke titisan darah terakhir....
BATU HITAM TAK BERJODOH,
BATU HITAM TAK BERGADOH.

Thursday, March 11, 2010
IKRAR SILAT SENI GAYONG
Bahawasanya:
Kami mengaku taat setia kepada Allah
Kami mengaku taat setia kepada baginda Rasulullah (s.a.w)
Kami mengaku taat setia kepada guru kami
Kami mengaku taat setia kepada ibu dan ayah kami
Kami mengaku taat setia kepada negara kami
Kami mengaku taat setia kepada saudara se-Gayong dengan kami.
Bahawasanya - kami mengaku - taat setia - ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong
Raja Permaisuri Agong dan
Sultan-sultan yang memerintah - di seluruh Tanah Melayu.
Ya Allah Ya Tuhan kami
Kau murahkanlah rezeki kami
Kau panjangkanlah umur kami dan kedua ibu bapa kami
Kau tetapkanlah iman kami
Kau lindungilah kami - daripada - segala mala petaka - jin dan iblis - dan manusia - yang niat khianat - ke atas diri kami dan negara kami.
Amin Amin Ya Rabbal 'Alamin
Subscribe to:
Posts (Atom)