Thursday, April 29, 2010

Alhamdulillah....

assalammua'laikum kepada semua pembaca blog ini....

alhamdulillah' syukur kehadrat ilahi kerana kini AOMA telah berjaya manjalankan latihan mingguan dengan jayanya.... dengan mula bertapak di gelanggang MRSM BATU PAHAT,JOHOR. Sambutan yang ditunjukkan oleh pelajar disini amatlah memberansangkan, sehingga ke hari ini AOMA telah berjaya mengumpulkan seramai 30 orang pesilat di gelanggang ini...
Dengan memulakan latihan pada setiap petang -selasa,rabu dan khamis pada waktu riadah dari jam 5.30ptg-6.30ptg. Pesilat2 muda ini telah dapat melakukan asas Seni Gayong dengan baik sekali. Boleh dikatakan pada setiap hari terdapat muka2 baru yang datang mohon untuk turut serta kerana ingin mempelajari Seni Gayong ini akibat tertarik pada latihan yang dibuat pada setiap hari latihan.

Bagi pesilat kumpulan yang pertama telah mempelajari :-
-Asas Seni Gayong
-Asas Elakan
-Pecahan Tapak 10 (Golongan 10)
-Bunga Tanjung
-Kombat 1-3
-Lompatan Anak Harimau (menunjukkan minat yang tinggi)

Bagi pesilat kumpulan kedua telah mempelajari :-
-Asas Seni Gayong
-Asas Elakan

Disini saya mengharapkan dan memohon doa dari semua saudara se-Gayong untuk mendoakan sentiasa selamat dalam latihan dan gelanggang ini dapat bertahan hingga ke titisan darah terakhir....

BATU HITAM TAK BERJODOH,
BATU HITAM TAK BERGADOH.

No comments: