Wednesday, October 28, 2009

Pengenalan "Arts of Meor Academy"

salam pembuka bicara, salam persaudaraan gayong, dan salam buat semua pencinta warisan beladiri tanah air

sebagai pengenalan, eloklah kiranya terlebih dahulu saya merungkai sedikit sebanyak persoalan yang berlegar diminda saudara/i pencinta silat umumnya, silat seni gayong khasnya.

1. Idea untuk menubuhkan "Arts of Meor Academy atau A.O.M.A" tercetus melihatkan kepada perkembangan seni beladiri taekwondo, muay-thai, tomoi, karatedo, jeetkunedo, wushu, serta banyak lagi seni bela diri lain yang tumbuh bagaikan cendawan pesat selepas hujan di bumi Malaysia. Dengan itu, kami berpendapat sudah tiba masanya untuk silat berkembang dengan lebih hebat dalam menyaingi seni bela tanah air yang lain.

2. Mengambil pendekatan yang sudah tidak asing lagi bagi taekwondo, maka kami disini mencadangkan untuk menubuhkan satu pertubuhan baru yang didaftarkan secara sah dengan Kementerian Belia dan Sukan, ataupun jika wajar, sebagai sebuah NGO- Non Government Association.

3. A.O.M.A boleh juga ditakrifkan sebagai salah satu projek "re-branding" kepada pertubuhan sedia ada. Pada dasarnya, A.O.M.A adalah dicadangkan untuk menjadi sebuah pertubuhan dengan sistem tadbir urus yang cekap, organisasi tersusun dan mantap, penyusunan kewangan yang cemerlang, pertubuhan berasaskan silat yang gemilang, serta berjaya melahirkan "anak silat" yang terbilang.

4. Pertubuhan ini juga mensasarkan untuk menjadi sebuah kelab yang bergerak dibawah seliaan pertubuhan gayong (penggunaan satu silibus gayong yang standard), menguruskan dan memasarkan semua hasil produk atau peralatan kelengkapan silat, menganjurkan kursus gayong secara berkala, kursus intensif, seminar, konferens, dan sewaktu dengannya.

5. Objektif dan motif utama penubuhan adalah untuk meningkatkan imej dan martabat seni beli diri warisan tanah air dengan susunan aktiviti yang dianjurkan. Harus diingat, objektif dan motif ini hanyalah akan berjaya dicapai sekiranya kita terlebih dahulu berjaya dalam menyusun pentadbiran yang benar-benar mantap beserta kerjasama dan azam semangat yang tinggi daripada semua.

Justeru, blog ini ditubuhkan sebagai satu madah "ruang maya" perbincangan dalam merealisasikan impian bersama. Banyak hal dan isu yang harus diteliti dan ditelusuri dalam mengejar cita-cita, oleh itu perbincangan dari semasa ke semasa diperlukan. Semoga blog ini berhasil dalam mencetuskan idea, pendapat, komen membina, kritikan konstruktif dan akhir sekali membuahkan implementasi yang hebat.

Sekian, Jazakumullahukhairan kathira...wallahualam.


"AOMA leads silat improvement"


                 -PSSPGM-                                                         -PSSGM-                                                   -PSSGWSM-





  -Pasak Melaka-                                                   -Pasak Singapura-                                                   -Pasak Johor-

10 comments:

Anonymous said...

apa kata orang ramai? kita memerlukan pandangan dari org ramai..
kenapa wajar?
kenapa tidak wajar?

Anonymous said...

cikkianna...
saya rasa bangga coz ade lg hamba Allah yg perihatin dgn silat ni.
buat masa ni remaja kota kurang diterapkan dgn seni bela ada juga yg lebih prefer ambil taekwotndo dr silat coz bg diorng silat ni lapok.tp bg sy bende2 gini mmg mesti diusahakan dgn jayanya.dgn adenya AOMA ini sy berharap silat akan dpt m'narik perhatian org ramai di seantero dunia............
MAJULAH SILAT UNTUK BANGSA

dari gue said...

sy sokong dgn penubuhan blog nieh.. gud luck..

ARTS OF MEOR ACADEMY said...

salam..1 cadangan yg cukup baik. pihak kami perlu mengetahui dan ingin membuat "kutipan suara" dari akar umbi rakyat marhaen sebelum meneruskan agenda perbincangan dan pertubuhan. jadi, anda dijemput khas untuk meninggalkan komen dan pandangan disini selepas mengundi.

kepada yg telah menyokong, alhamdulillah dan diucapkan ribuan terima kasih. bersama kita berusaha memajukan "industri silat", insyaALLAH.

turut dibuka kepada mana-mana individu berminat untuk disenaraikan namanya selaku "A.O.M.A supporter", atau ingin diletakkan link kepada blognya, sila emailkan kepada:

aoma_academy@yahoo.com
atau
fre3ckz@yahoo.com

Anonymous said...

semua dok jauh2, cmna nk ururskan pentadbiran, kewangan, kejurulatihan dan latihan?

Anonymous said...

ada gambar tak org2 dalam AOMA ni...
nak tgk leh tak?
ne taw kalo2 ada yg kenal....
heheee...
sb kite nak gak tokoh2 dalam AOMA ni
ada gaya or something....kn'

ARTS OF MEOR ACADEMY said...

isu pengurusan pentadbiran, kewangan, kejurulatihan, latihan dan sebagainya akan diberi penekanan dan difokuskan dalam post yang akan datang..terima kasih di atas peringatan. :)

yang penting, sekarang kita mulakan dengan kewajaran pertubuhan kelab, alasan, dan kesesuaian samada didaftarkan sebagai pertubuhan NGO @ kelab @ apa2 cadangan lain dialu-alukan.

emm, gambar org dalam AOMA..atau lebih tepat AOMA supporter..boleh didapati dengan klik link di bahagian "AOMA Supporter".

Anonymous said...

salam...
sy sgt2 bsetuju AOMA dtubuhkan!dats a gud idea^^

hope, everyone cn gv their full cooperation to make diz club succeed! InsyaAllah=)

other than that, mybe u can publish this blog by using advertisement or mass media such as radio, tv, or nwspaper? im juz gving a few sggstions=)

Anonymous said...

salam...1 perkembangan baik bagi silat. saya sokong 100%, sbab tengok skrg seni beladiri lain especially tekwondo jauh tinggalkn kita.

kewajaran: untuk memajukan dan mengembangkan silat.

so, ble nk tubuh nih? da excited. cawangan kt mane ade?

Anonymous said...

btol2..
sy sngat2 bersetuju... lgi pon skunk rmai remaja yg masok seni bela diri yg len.. lgi bagos kalu masok silat sbb ni da lah warisan org mlayu.. sape lgi nk wariskn.. org mlayu la... dan ini adalah salah 1 cara utk kta mnarik minat remaja utk masok silat.. dgn pnubuhan kelab ini, remaja akn lebih mngetahui ttg silat... maka remaja akn tertarik dgn keunikan silat.. pasti merek akn masok silat.. skaligus mengeratkn hbungan sesama org mlayu... hehe