Saturday, November 21, 2009

Isu pendaftaran pertubuhan AOMA

salam perpaduan gayong..

selesai sudah sedikit spengenalan buat AOMA. sebelum kita pergi kepada isu secara lebih terperinci, saya kira lebih molek kiranya kita terlebih dahulu membincangan hal pendafataran pertubuhan AOMA. untuk membolehkan sesebuah pertubuhan mencapai objektif dan matlamat, harus dimulakan dengan pendaftaran yang tepat. justeru, adalah menjadi isu umum untuk kita bincangkan kesesuaian pendaftaran AOMA. didaftarkan sebagai pertubuhan dibawah Kementerian Belia dan Sukan? atau sebagai pertubuhan NGO? atau ada pilihan lain? sila kemukakan cadangan berdasarkan maklumat dan pengetahuan. boleh rujuk disini.

isu seterusnya adalah kepada perlembagaan AOMA. sepertimana juga Malaysia, perlembagaan AOMA bakal menjadi teras tunjang dalam apa juga perkara yang bakal diputuskan kelak. dalam erti kata lain, perlembagaan pertubuhan harus diteliti sedalamnya agar pertubuhan ini tidak akan lari dari matlamat asal perjuangan. selain daripada perlembagaan biasa yang sering didengar, pihak pendokong AOMA memohon sebarang cadangan untuk dipertimbangkan. untuk rujukan ringkas, bolehlah hubungi saya untuk dihantar dalam bentuk email contoh ringkas perlembagaan umum badan pelajar IPTA.
email- aoma_academy@yahoo.com

sekian. mohon mendapat perhatian, ulasan dan pandangan. Jazakumullahukhairan kathira..wassalam.

2 comments:

Anonymous said...

hah' cmna nak daftarkan AOMA nih?
sapa yg nk buat suma nih?

Anonymous said...

dah bulan januari 2010 dah nih....
macam mana nih?