Thursday, October 14, 2010

AKU DAN GAYONG

assalammua'laikum,

Nama aku Mohd Hafiz Abd.Razak, dilahirkan pada tahun 1981 di Hospital Jinjang Kuala Lumpur pada jam 1335 petang. Aku telah dibawa pulang dan dibesarkan di kampung halaman tok wan aku di Pulau Lagenda Langkawi diketika itu masih belum habis sumpahan Puteri Langkawi bernama MAHSURI. Telah mendapat pendidikan awal di Tadika Masjid Nur Al-Hidayah Kampung Kelibang (tok wan iman masjid ketika itu) dan meneruskan pengajian awal di Sekolah Rendah Kelibang yang kini (Sekolah Kebangsaan Kelibang). Sejak dari kecil lagi aku memang amat menyukai silat melayu ini, entah dari mana datangnya minat ini aku sendiri pun tak pernah tahu. Namun semangat untuk mempelajari ilmu silat ini amat kuat di hati aku dan berkobar-kobar. Pada ketika aku masih di bangku sekolah rendah aku masih tercari-cari apakah silat yang akan aku pelajari, walaupun ketika itu terdapat persatuan silat di sekolah ku bagi aktiviti kokurikulum, namun hatiku sedikit pun tak terdetik untuk mempelajari ilmu silat itu, entah mengapa aku sendiri pun tak tahu. 
Aku meningkat remaja dan meneruskan persekolah peringkat menengah di Sekolah Menengah Mahsuri, kini (Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri). Dan bermula disitulah aku mula mengenali GAYONG. Mula mengenali dengan melihat demo-demo yang telah dipertontonkan pada hari sukan sekolah. Aku cuba mendekati ahli-ahli GAYONG yang senior dengan beberapa soalan kerana aku ingin mengetahui adakah ini silat yang aku mencari sejak aku kecil lagi. Hampir sebulan aku hanya datang dan duduk melihat corak permainan silat GAYONG ini, sehinggalah pada suatu malam dalam keadaan mimpi atau ilham aku telah diberitahu bahawa inilah silat yang aku cari sejak dari kecil dulu. 
Bermulalah pembelajaran GAYONG aku yang pertama. Bermula dengan bacaan buka gelanggang senaman2 GAYONG, kemudian aku diajar asas bahagian pertama dalam GAYONG. Setelah sekian lama aku diajar lagi dengan asas elakan, kombat, lompatan dan kunci mati. Namun aku taklah dipandang sangat kerana fizikal aku yang gemuk pada ketika itu mungkin tak menarik perhatian jurulatih2. (hehehe) Namun di sekolah menengah aku cuma dapat bertahan hingga ke tingkatan tiga sahaja, selepas keluar keputusan PMR aku tidak lagi menyambung pendidikanke tingkatan empat atas sebab-sebab yang tertentu. Pada ketika ini aku telah memakai bengkong AWAN PUTIH.
Walaupun aku tidak dapat meneruskan pendidikan di tingkatan empat, namun aku masih lagi turun latihan di sekolah itu, mungkin sebab minat aku terhadap GAYONG ini mendalam. Oleh kerana tidak puas belajar di sekolah itu, aku pergi berlatih di Sekolah Menengah Teknik Langkawi pada sebelah malam pula. Disitu aku belajar dengan pesilat yang majorotinya bersaiz lebih besar daripada aku. Tetapi aku puas menghempas pulas bersama orang yang lebih besar dari aku. Aku meneruskan lagi pembelajaran GAYONG di langkawi sehinggalah pada suatu hari aku telah dilantik sebagai pembantu jurulatih, (mungkin ada yang tertanya-tanya dengan siapakah aku berGAYONG di Pulau Lagenda itu! nama-nama tersebut akan tercatat diakhir bingkisan ini nanti) Oleh kerana kurangnya minat untuk menjadi pem.jurulatih aku seperti kebiasaan berlatih dengan anak-anak GAYONG yang lain, kerana bagi aku ilmu aku dalam GAYONG ini masih belum mencukupi dan belum layak untuk menjadi pem.jurulatih. Namun begitu setelah sekian lama dengan pelbagai ujian yang telah aku lalui, aku sekali lagi telah dianugerah dan dilantik sebagai jurulatih daerah Pulau Langkawi.Oleh kerana pada ketika itu juga tiada lagi pengganti aku terpaksa menerima jawatan itu bagi memastikan GAYONG langkawi tak mati dengan begitu sahaja. Pada tahun 2002 aku telah menerima Sijil Kegurulatihan GAYONG kebangsaan, dimana pada ketika itu aku bersama jurulatih daerah lain telah menghadiri kursus GAYONG Kebangsaan di Negeri Terengganu. Aku telah bergiat aktif di Pulau Langkawi sehingga mampu untuk menjaga 7 gelanggan GAYONG dengan keahlian seramai hampir mencecah seribu orang, ini pun dengan kepercayaan galakkan dan nasihat daripada Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi, Majlis Sukan Daerah Langkawi dan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Langkawi yang telah banyak membantu aku untuk menghidupkan sukan silat di pulau berkenaan, kerana terdapat pertandingan pada setiap tahun. Namun begitu aku cuma dapat bertahan sehingga tahun 2008 sahaja di Pulau Lagenda itu, atas sebab kerja aku telah dipindahkan ke Negeri Pulau Pinang. Tak dapat bertahan lama di Pulau Pinang aku berpindah  Batu Pahat Johor atas permintaan diri aku sendiri. Kini aku berada di MRSM BATU PAHAT JOHOR. Demi meneruskan perjuangan GAYONG yang telah sebati dalam hidup aku, ARTS OF MEOR ACADEMY (AOMA) telah aku tubuhkan disini. Kini aku berGAYONG atas nama A.O.M.A dengan perjalanan baru. (banyak lagi aku perjalanan hidup aku dengan GAYONG yang belum aku ceritakan, insya'ALLAH panjang umur akan aku sambung)

Terima kasih tak terhingga aku ucapkan kepada :-
AYAHANDA ISHAK BIN TAIB
KEKANDA PAK TEH ZAMRI
KEKANDA SHIDI
KEKANDA IDRIS (plku)
KEKANDA MUHAMMAD MUSA
KEKANDA HUSAINI(chini)
KEKANDA HANIF kandis
KEKANDA ZAIDI (tukang masak)
KEKANDA DIN
KEKANDA WAIS
KEKANDA ZAIDI (kancil)
segala ilmu yang telah diberikan oleh ayahanda dan kekanda semua akan adinda gunakan dan sebarkan kepada putera dan puteri generasi baru dan akan datang insyaALLAH.
(semua nama diatas adalah nama-nama seguru bagi bahagian langkawi dan jerlun sahaja, bagi nama-nama kekanda dari Negeri Pulau Pinang,Perak dan negeri-negeri lain akan dicatatkan dalam kisah akan datang insya'ALLAH)


yang benar,
alang apeace @ Perantau Sepi

WASSALAM

2 comments:

Anonymous said...

Assalammua'laikum,
kekanda HAFIZ..lama mencari akhirnya bertemu jua..ingatkah kekanda HAFIZ akan anak GAYONG ini?kekanda HAFIZ merupakan jurulatih kami di sekolah menengah teknik langkawi pada tahun 2004/2005..terima kasih kerna menurunkan ilmu GAYONG kepada insan ini..jasamu akan dikenang..untuk pengetahuan kekanda HAFIZ,saya ingin mempelajarinya semula & sedang menanti keputusan dari pihak universiti untuk meluluskan permohonan kami mewujudkan persatuan GAYONG..

Anonymous said...

wa'alaikumussalam,
sekiranya nama penuh dan nama gelaran kamu diberitahu kemungkinan besar a.hafiz ingat, kerana bukan 10org yg blajaq silat di skolah teknik tu dulu..hehehee sekarang ni dok blajaq kat universiti mana? bagus la kalau kamu ada usaha untuk tubuhkan gelanggang di situ...
(please add me at facebook = osman kabilah)