Friday, December 3, 2010

KEM JATI DIRI GAYONG SERANTAU JERLUN

ASSALAMMUA'LAIKUM

Dah lama ngat dah tak dan nak bukak blog ni, kesibukan kerja menghalang teman untuk berbicara di blog sendiri. Terima kasih teman ucapkan pada semua yang telah tersengaja atau tak sengaja untuk membuka dan membaca blog AOMA ni.
Untuk makluman kepada semua, pada 15hb hingga 18hb disember ini Pertubuhan Seni Gayong Serantau Malaysia Jerlun akan mengadakan Kem Jati diri kepada semua pesilat Bahagian Jerlun. Pesilat dari gelanggang balai polis seriab perlis adalah majoriti peserta yang akan mengambil tempat di dalam kem ini.
Mengikut maklumat yang telah diterima oleh AOMA, pelbagai aktiviti akan dijalankan termasuk majlis tahlil dan Qiamulai pada kem tersebut.
Apa pun tahniah kepada kekanda Uwais kerana telah berjaya untuk mengaturkan kem pada tahun ini.
Sekiranya ada wakil dari AOMA yang mengikuti program ini, berita selanjutnya akan di laporkan di blog pada selepas kem dan gambar-gambar ketika kem juga akan dimasukan juga.
sekian,
TERUSKAN PERJUANGAN GAYONG DEMI MATLAMAT BERSAMA.

alang apeace @ perantau sepi

No comments: