Friday, March 11, 2011

Pelajar Pulang Bercuti

Pagi ni Hari Perbincangan Akademik di MRSM Batu Pahat, di awal pagi lagi ibu bapa atau waris pelajar telah tiba. Perbincangan masih lagi berjalan dan dengan lancarnya. Pada sebelah petang nanti semua pelajar akan pulang bercuti selama seminggu termasuklah pesilat AOMA yang akan mewakili maktab pada kejohanan yang hanya tinggal seminggu sahaja lagi. Selepas bercuti pulang ke maktab sahaja terus gerak ke MRSM Kota Putra, aduh!! budak dah berehat selama seminggu tanpa buat apa-apa latihan datang saja terus pergi bertanding? Pening kelapa jugak la bila jadi macam ni, dah semestinya perstasi pesilat menurun beberapa peratus akibat duduk makan dan tidur di rumah....hahaha kalau pesilat balik rumah buat latihan alhamdulillah.... tapi dah ada yang cakap family nak pergi bercuti-cuti Malaysia, ada yang nak balik rumah saudara di Singapura la macam-macam lagi la...sampai aku sendiri dengar pun macam tertarik ja....hehehe
Apa pun situasi nanti, aku hanya berharap pesilat aku mampu buat yang terbaik pada Kejohanan kali ini. 
ADAKAH SATU KEJUTAN BARU AKAN BERLAKU???

perantau sepi

2 comments:

zffetc said...

Ya Allah , teraso ! HAHAHA .

ARTS OF MEOR ACADEMY said...

hahahah padan muka kamu!!! hahahaha