Wednesday, March 9, 2011

Game MRSM Peringkat Kebangsaan 2011

Assalammua'laikum,


Seperti biasa pada awal tahun ini, kejohanan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh semua pesilat MRSM akan tiba, butiran seperti berikut :-


Tarikh - 20hb-23hb MAC 2011
Tempat - MRSM Kota Putra Terengganu


Kategori yang dipertandingkan :-


1- Tari Solo (putera/puteri)
2- Tempur (putera/puteri)
3- Seni jurus massal (putera/puteri)
4- Silat Olahraga putera kelas A,B,C puteri kelas A,B


Dan seperti kebiasaan AOMA juga akan turut serta menyertai kejohanan ini dengan meletakkan target tersendiri iaitu Johan Zon Selatan untuk kali ke 2 berturut-turut dan melayakkan diri ke pusingan akhir bagi semua kategori silat seni. Kilauan pingat adalah dirahsiakan..... =)


Walaupun AOMA menghadapi masalah dengan pihak pengurusan pelajar, namun AOMA tetap memberikan ilmu yang terbaik buat anak-anak AOMA (gayong) bagi menghadapi kejohanan ini nanti. Semoga doa dan sokong dari semua pihak yang mengenali AOMA ini akan membuahkan hasil pada kejohanan ini nanti.


Sekiranya anda berada di sekitar kawasan kejohanan, anda dijemput hadir bersama-sama memberikan sokongan kepada wakil pesilat AOMA(gayong) di kejohanan ini.  


Sekian wassalam....


perantau sepi

No comments: